Uni Herba

Saturday 28 March 2015

"BAHAGIA"___di mana letaknya?

Pernahkah anda menjumpai seorang yang kaya harta,ramah,berbudi bahasa,berwajah tampan/cantik, tenang dan sentiasa tersenyum. Pasti terdetik hati mengatakan " bahagianya orang itu." Kan?
Tapi, pernahkah juga anda menjumpai orang yang nampaknya serba kekurangan,wajahnya (maaf) juga tidak tampan/cantik, tapi juga tenang,dan sentiasa tersenyum. Apa yang terlintas dalam fikiran anda?
Kita sering di hadapkan dengan fenomena semacam itu. Lumrah hidup kalau ada yang kaya,ada yang miskin/serba kekurangan. Ada yang tampan/cantik.  Pun ada yang sederhana,bahkan ada yang buruk rupa. Tapi pada hakekatnya semua mempunyai tujuan yang sama.__Bahagia.
Tapi apakah semua orang boleh sampai kepada tujuan,iaitu "bahagia"?
Di mana letaknya?
Apakah kendaraan yang boleh menghantarkan kita ke sana?
Apakah syarat yang perlu kita penuhi?__Kaya?__Tampan atau cantik? atau.........?


Bagaimana pendapat anda?

Salam Kenal

Bismillah,..

Syukur kami panjatkan kehadirat Allah SWT, kerana masih diberi peluang menikmati hidup dengan udara yang percuma,badan yang masih sehat, penglihatan yang masih terang(walaupun harus memakai spech),pendengaran yang masih jelas,kaki yang masih boleh melangkah dengan nyaman,tangan yang masih berfungsi dengan baik....Alhamdulillah.

Kenapa saya cakap demikian,...?
Petang tadi saya menghantar rakan ke klinik kerana dia mengadu sakit badan. Sampai di klinik sudah ramai orang yang antri menunggu giliran untuk di periksa doktor. Setelah selesai menguruskan pendaftaran kami beramah mesra sementara sebelum duduk menunggu giliran untuk rakan tadi di periksa.Kami tak banyak berbual. Mata saya tertuju ke sekeliling ruang tunggu yang sudah di huni begitu ramai orang. 
Persis di depan saya duduk seorang aunty.Telapak kaki kanannya berbalut. betisnya nampak lebih besar dari yang kiri,serta berwarna kehitaman. sejurus selepasnya saya nampak aunty tu macam mengernyitkan dahinya seperti menahan sakit. Kemudian ditariknya tapak kaki kanannya dari selipar bertutup yang pakainya. MasyaAllah,...ibu jari kaki kanan aunty tersebut ternyata sudah di potong. Kelihatan sekali yang lukanya belum kering.sesekali diurutnya betis yang bengkak tadi. 
Pandangan saya beralih kepada sosok seorang pemuda yang postur badannya tinggi tegap,tapi raut wajahnya nampak pucat.Dia duduk bersandar dibangku di hujung ruang tunggu. Saya tersedar dari merenung pemuda di hujung ruang itu ketika ruang periksa terbuka dan keluar seorang perempuan muda dari ruangan doktor.Wajahnya cantik dan perawakan badannya juga bagus. Ia kelihatan sehat cuma ekspresi wajahnya menampakkan kesugulan. Entah apa sakitnya.Kemudian pembantu doktor memanggil satu nama. Ternyata pemuda di hujung ruang tadi empunya nama yang di sebut tadi.
Dengan susah payah kelihatan pemuda itu berdiri dan berjalan tertatih dan terseok. Mungkin kakinya yang sakit. Entah.

Itu hanya beberapa yang sempat saya perhatikan.
Yang lain,.....?

Dari peristiwa di klinik tersebut,terdetik rasa syukur yang amat mendalam,merasa diri yang kerdil ini masih di beri kesehatan yang baik. 
Satu peringatan yang nyata akan hakikat kita tidak selamanya sehat.
Akhirnya saya tersedar dan mengingatkan diri sendiri untuk selalu bersyukur atas karunia sehat yang masih kita ada.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi bagi diri untuk tetap menjaga kesehatan.

Wasalam.