Uni Herba

Monday 13 April 2015

Munuju Sehat

Memiliki tubuh badan yang sehat menjadi impian semua orang.Namun untuk mendapatkannya kita harus mengusahakannya. Diantaranya adalah menjaga pemakanan,melakukan aktivitas senaman dan olah raga serta melakukan rawatan kesehatan baik semasa kita sehat mahupun setelah kita diserang penyakit.

Menurut pakar kesehatan dan pakar pemakanan,satu jenis makanan tertentu tidak mungkin mencukupi kebutuhan nutrisi bagi tubuh badan kita. Oleh itu kita di sarankan mempelbagaikan jenis makanan yang kita konsumsi setiap hari mengikut kadar yang seimbang. Jika tidak ianya akan menjejaskan kualiti kesehatan kita. Terlebih pengambilan makanan boleh menyebabkan kegemukan/obes,sedangkan kekurangan pengambilan makanan akan menyebabkan kekurangan tenaga dan merosotnya fungsi organ. Dalam hal ini kita juga harus melihat jenis aktiviti fisikal kita. Orang yang melakukan aktiviti fisikal yang berat tentu saja tidak sama dengan orang yang aktiviti fisikalnya sedikit.

Untuk senaman/olah raga pula kita juga harus mengambil kira tahap kesediaan badan untuk melakuakan jenis senaman yang sesuai,apalagi bagi mereka yang belum biasa atau baru nak mula melakukan senaman/olah raga. Mulakan secara berperingkat dari yang ringan kepada yang lebih berat.Sebagai contoh, apabila kita melakukan larian,mlakan dengan perlahan dulu dan tambahkan kecepatan sedikit demi sedikit. Begitupun jaraknya, tempuhlah jarak yang anda mampu,ulangi berkali-kali. jika rasa sudah bersedia tambahkan jaraknya,tambahkan lagi,dan lagi sesuai kemampuan anda. Dengan cara demikian anggota badan kita akan secara berperingkat menyesuaikan dengan kemampuan badan dan tenaga kita.

Merawat kesihatan pula dapat di kategorikan kepada 2,yakni:

  1.   Menjaga ketika kita sehat, dan
      2.   Merawat ketika kita sakit.


  • Menjaga Ketika kita sehat.
          Penjagaan ketika kita sehat boleh dilakukan menjaga keseimbangan pemakanan,olah raga mengambil makanan tambahan atau suplement.seperti vitamin dan berbagai obat herba.

  • Merawat ketika sakit.
         Apabila kita sakit maka langkah yang paling sesuai adalah berjumpa doktor.
Selain itu kita juga boleh membuat rawatan sendiri mengikut pengetahuan kita ( ini tidak digalakkan kepada individu yang mengalami sakit yang kronik)